Monday, December 12, 2011

betul saya tak tipu

Rinti - rintik hujan yang membasahi pipi,
kering tatkala sang matahari gagah menyinarkan cahayanya,
saat itu jugalah kembangnya bunga - bunga yang kelihatan lesu,
dan banyak jugalah kumbang menari - nari sekelilingnya,

hanya melalui ini dapat aku curahkan segala apa yang tersirat dalam hatiku,
ingin sekali aku menjerit menggegar dunia " aku sangat sangat sangat sangat BAHAGIA "
syukur tak terhingga aku kalungkan atas anugerah yang dikurniakan-Nya kepadaku,

aku akan pastikan matahari yang menyinar hidupku....
akan terus menyinar menerangi setiap gelapku,
akan ku pastikan hidupku sentiasa berada di pagi hari,

walau ribut,hujan,taufan dan tsunami yang berombak dalam hidupku...
aku akan dayung sampan itu sehingga titis keringat yang terakhir,
aku akan berdoa agar sinaran itu tidak akan pernah terlindung walaupun hujan mengundang,
percayalah ini ikhlas dari hatiku...
kerna kau...
                 

                  " yang paling terindah singgah dalam hidupku "  
                                   ( intan payung busuk saya )

Thursday, November 24, 2011

selamanya

terasa berat hendak melepaskan kau pergi,
disaat pertemuaan itu namun akhirnya senyuman mengiringimu,

awak,
saya harap saya akan jadi cantik biar awak akan tertawan dekat saya sorang,
saya harap saya akan jadi paling cantik biar awak tidak akan pernah tinggalkan saya,
saya harap saya akan jadi sangat cantik biar awak rindu saya sorang,
saya harap saya boleh hapuskan segala duka lara yang mengalir dalam diri awak,
biar awak bahagia,
saya harap besok saya boleh menatap sayu wajah awak lama-lama,
em sebab......
SAYA RINDU DEKAT AWAK SANGAT-SANGAT (malunya),
tapi saya tahu awak tak pernah endahkan,
saya tahu awak sibuk saya faham,
saya tahu awak ada banyak benda lebih penting saya faham,
saya tahu awak tak ada masa nak fikirkan saya saya faham,


awak...
nak tahu sya pandai kira bintang,
tapi saya masih belum tahu berapa banyak bintang yang ada,
setiap hari saya selalu kira bintang-bintang tu,
tapi tak pernah sekali pun cukup satu,
sepatutnya bintang tu ada seratus tau,
tapi tinggal 99 jek,
setiap hari saya sedih memikirkannya,
tapi saya tak putus asa,
saya cari dalam buku geogerafi,
saya tanya dekat semua orang,
sampai dia orang cakap saya sakit,
last2 saya tanya kat pengkaji bintang...

nak tahu dia cakap apa ???
" sebenarnya bintang tu tak hilang pun,dia ada...ada dalam hati awak "
lama saya fikir benda tu,
oh rupa-rupanya awak lah bintang saya,
awak tak pernah hilang walau sesaat,
awak tahu saya seronok sangat masa tu,

tapi saya tak tahu bila boleh saya kira bintang tu lagi sampai cukup,
sebab bintang tu ada tapi saya tak boleh capai,
jauh...jauh sangat
macam awaklah.....
awak jauh sangat,
tapi awak dekat sangat dekat hati saya,
awak tahu saya berazam jadi cantik biar awak tak malu kawan dengan saya,
tapi saya tahu saya tak mungkin jadi cantik,
awak terima kasih sebab jadikan saya kawan awak,
awak tolonglah..
tolonglah doakan saya supaya lupakan awak,
saya tak mahu sedih bila jumpa awak,

" mungkin kita bersama nanti di atas sana,
       biarku setia menjaga cintamu,
                     selamanya "

aku inginkan nya

"Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?"

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang
memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada
dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.

Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan
tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak
hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah
tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan!!" jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN
ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU!

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRIMU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG
PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG
DICINTAINYA, KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA!

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN, SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN
LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU!

BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN!!!
# hampir membuat kolam air mata aku melimpah

Wednesday, November 23, 2011

yang sebenarnya

sekali lagi apa yang aku harapkan mengoncang kekecewaan,
aku masih lagi bisa tersenyum kerna aku tahu,
Allah telah menentukan yang terbaik untuk aku,
segalanya aku terima qada dan qadar dengan penuh redha,

aku letih sangat sanagt sangat,
penat mencari kesempurnan yang tak pernah hadir,
aku tak tahu bagaimana harus aku jadi cantik lagi,
andai itu bisa melumpuhkan kau dari pergi dariku,
aku tak tahu bagaimana harus aku lembut lagi,
andai itu bisa mencairkan rasa sayangmu hanya untukku,
aku tak tahu bagaimana lagi manis senyuman hendak aku ukirkan,
andai itu bisa mengenggam kepercayaanmu,
seandainya kau tahu dikala ini apa yang aku pahatkan,
sedihnya Ya Allah,

sumpah dikala ini rasa ini yidak dapat dibendung,
empangan air dimata aku seakan terkeluar,
aku sangat mengharapkan ia keluar,
aku ingin merasakan sedikit kelegaan dalam kekecewaan ini,
hina sangatkah aku ini sehingga tiada ruang untuk aku berdiri,
aku faham apa ertinya ini,
ya aku akui aku sayangkan kau,
mungkin aku harus melepaskan kau untuk kau bahagia disana,
walau hati ini berat melepaskan,
kerana aku sayangkan kau pergilah,
pergilah sayang,pergilah aku tak akan pernah menghalang kebahagian kau,
walau dihati ini hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa perit yang ku rasa,
untuk kau segalanya akan ku lakukan...
mungkin di saat itu air mata ini menjadi yang terakhir kali ia berlinang,

mungkin telah ditakdirkan tuhan,
antara kita tidak tertulis untuk bersama,
terima kasih aku ucapkan kerna hadir dalam hati aku,
tolong,tolong doakan agar aku berhenti mencintaimu,
kerna kau memang yang terindah yang singgah dalam kecil hati aku,
alasan yang bodoh,sesuatu yang tak palsu,tiada penjelasan didengari,
suatau hari nanti kau akan tahu,
yang sebenarnya aku telah jatuh cinta padamu :)

Friday, October 7, 2011

Benar Aku Rindu Mereka

Disaat aku jatuh meraba,
                                                        dia menyuluhkan daku dengan cahaya,
disaat aku jatuh tersungkur,
dia hampir dan mengangkat lemah zahirku,
dia beri penawar batinku,
disaat aku teresak hiba,
dia datang mengesat jernih-jernih mutiara di pipiku,

Tarian ini khas buat kami bertiga :

Gom se-mari-ga

Han ji-be isseo

Appa gom, omma gom, ae-gi gom

Appa go-meun tung tung hae ( tengik )

Omma go-meun nal-shin-hae ( tombot )

Ae-gi go-meun neo-moo ki-yeo-wo ( telur )

Eu-sseuk, eu-sseuk, jal-han-da



  gelak tawa mereka memecah kebosananku.
  kata-kata mereka acapkali mencoret senyumanku,
  aku berazam untuk menjadi yang terbaik buat mereka,
                                   
  kawan,
  izinkan aku menjadi tangan yang mengengam kebahagianmu,
  izinkan aku menjadi mata ketika kau kabur di pandangan,
  izinkan aku menjadi telinga untuk kau tenangkan hatimu,
  izinkan aku menjadi bahu ketika kau terdengkit-dengkit berjalan,
  izinkan telapak tangan yang kotor ini mengesat kedukaanmu
                                   
  Ingin sekali aku mengemakan setiap pelosok ceruk dunia ini,
  AKU RINDU KAMU,
  AKU SAYANG KAMU,
 dan ketahuilah yang aku akan selalu ada untukmu....


# khas buat engkau yang bernama...
   Lisa Nadhirah Binti Hisham
   Mashidayu Binti Samsidi
berkelip-kelip mataku pinta berbicara,
ku tatap memek buruk mukaku di hadapan sinaran cermin,
hatiku berkata inilah wajahku,
tidak pernah sedikit pun parut di mukaku beralih posisi,
aku tak mahu sekali mengalihkannya,
aku tahu ia akan menjadi jambatan,
yang menyambungkan ingatannya terhadapku,

10 tahun penantianku sering kali aku persoalkan,
10 tahun doa itu tak pernah putus dari bibirku,
demi merialisasikan azam yang pernah aku sematkan suatu ketika dahulu,
doaku akhirnya dimakbulkan-Nya,

 " Ya Allah aku tahu apa yang aku pinta ini sangat melampau,
         tapi aku tahu bagimu taidak ada yang mustahil,
   sesungguhnya engkau maha besar,maha pengasih,dan engkau mengetahui segala
   apa yang terjadi dan akan terjadi.aku memohaon Ya Allah izinkan aku bertemu 
   dengan hambamu walau sesaat cuma,walau hanya aku dapat melihatnya di kejauhan cuma "
 
10 tahun doa ini meniti dibibirku tiap kali aku berdoa...
dan akhirnya termakbul jua apa yang selama ini aku hajatkan,
Terima Kasih Ya Allah,
tiada kata yang mampu aku ucapkan kepadamu,
hanyalah sejuta kesyukuran ku panjatkan kepadamu,
walau dia hanya berada di dada skrin cuma,
sejuta kerinduan yang aku pendamkan selama ini terubat,
hanya dengan melihat segaris senyuman kebahagian diwajahnya,

tetapi setelah aku bertemu denganmu,
langkahku tiba-tiba terhenti,
kerna aku disisimu hadirnya bidadari yang melakar pelangi menyerikan hari-harimu,
kini aku dengan penuh keyakinan,
melepaskan kau dari hati ini yang penuh kerelaan,
kini ku noktahkan ia sebagai cinta pertamaku,
ku kuburkan segala kenangan yang pernah aku simpan suatu ketika dahulu,
pergilah kasih...pergilah sayang,,pergilah rinduku...
damailah engaku bersemadi di sana,
aku disini akan selalu mendoakan kebahagianmu,

kini aku akur....
cinta pertamaku bukanlah cinta terakhirku....








Thursday, October 6, 2011

Dunia memang tidak mengetahui bertapa daku gembira,
disaat mata ini celik memandang,
disaat hidung ini cuba meresap bau,
disaat telinga ini pincang mendengar,
disaat mulut ini yang payah akhirnya berjaya mengukir selembut-lembut senyuman,

gembira dihati tidak terkata,
disaat daku terpandang kamu bersama si manis,
disaat daku terdengar lafaz keramat meniti dibibirmu,
disaat daku menghidu harum cinta baru kau dan dia,
hendak saja aku melonjak hingga ke langit ke tujuh,

aku mineliti mengapa si dia menjadi pilihanmu,
akhirnya terungkai segala persoalan yang menikam akal ku,

Dia tidak secantik Fasha Sanda,
tapi dia sangat menawan ketika tersenyum,
Dia tidak sejelita Siti Nurhaliza,
tapi dia sangat ayu ketika sedih,
Lunak suaranya tidak seperti Era Fazirah,
tapi alunan suaranya ketika ayat-ayat al-quran menggoncang air mata ditebing,
mungkin itulah penyebab nya..
kini aku bisa tidur dengan lena,
senyum tanpa dipasak kekecewaan

aku redha
Ya Allah,
ampunkanlah dosa-dosaku,
bantu aku Ya Allah,
jujur aku kata sekarang aku lemah yang teramat sangat,
tiada niat di hati ini untuk menyalahkan takdirmu Ya Allah,
tiada air mata yang bisa aku jatukan untuk menagisi kebuntuan ini,

mindaku sering bertanya,
mengapa dia hadir dalam hidupku,
mengapa dia perlu berada di mindaku setiap saat dan ketika,
dan yang paling utama mengapa dia singgah ke dalam HATI ku??
tidak kah dia tahu hati ku ini hanya tinggal serpihan yang carik ?
tidak kah dia tahu hati ini sangat rapuh untuk di jamah ??

selepas satu...
aku harapkan tiada dua yang datang,
memang aku dambakan cinta pertama,
tapi aku lebih harapkan syurga cinta,
telah hilang cinta pertamaku berabad lama,
mungkinkah akan datang yang seterusnya ?

berkali-kali aku menyangkal perasaan ini,
semata kerna aku sayang cinta pertamaku,
tapi ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak bakal aku ketemui lagi,
haruskah aku melapangkan hati aku buat kali kedua ?
tapi aku takut...
takut suatu hari nanti dia pun akan hilang seperti bubbles dalam kartun littel mermaid,
dan aku tinggal keseorangan berkawankan sepi dan air mata...





Di Rantai Di Gelangi Rindu

berdiri, menyiarap, bersila, berpeluk tubuh,
pelbagai posisi beraduku ambil untuk menjamah mimpi,
namun mata ini degil untuk memejam,
akal ini nakal untuk menanti dan berharap,
kedengaran hati ini bercanda bersama jiwa yang kacau,
argh..
jahatnya mereka mengenakan aku,
laluku pujuk hati,mata,jiwa yang kacau dan akal,
untuk berehat dan behenti untuk memadam cerita hari ini,
lantas aku tergamam,terkejut dan terkesima pabila,
mreka menjawab.....

hati : bagaimana hendak aku buang perasaan ini.
        sedangkan telah bersemi cintanya pada seluruh badanku ?

jiwa yang kacau : bagaimana hendak aku padamkan,
                           sedangkan engkau sendiri yang berat untuk melepaskan
                           cintanya ?

akal : bagaimana hendak aku lupakan,
         sedangkan dia yang terindah yang pernah singgah dalam hidupku ?

mata : bagaimana hendak aku pejamkan,
          sedangkan pabilaku pejam,ku buka alis ini kau ada di setiap penjuru ??

mereka bersepakat lantas memarahi aku....

" mengapa kau harus menyiksa hati ini untuk menyangkal perasaan yang hadir dalam diri engaku?, mengapa engkau harus menipu akal ini sedangkan kau memang benar-benar sudah jatuh cinta ?, mengapa kau harus menutup mata ini sedangkan kau sangat sakit melihat dia bersama orang lain ?, mengapa kau harus dera jiwa ini dengan menepis setiap benih cinta yang diberi ? mengapa,mengapa,mengapa ????"

ya aku tahu aku salah,
ya aku tahu aku silap,
ya aku tahu aku khilaf,
ya aku tahu aku bodoh,
tapi seandainya aku terima cintanya,
apakah jaminan kamu untuk menyatakan aku tidak tersungkur pada kesedihan,kesengsaraan,kebencian ??
aku lari dari cinta kerana dendam,
dendamku terhadap ****** suatu ketika dahulu,
bolehkah dia menyintai aku sepenuh hatinya ?
bolehkah dia menyangkal setiap dendam yang selama ini tersemat rapi dalam hati ini ?
bolehkah dia bertahan dengan ku ????
bolehkah persoalannaya ???

ya memang aku sedang di rantai di gelangi rindu,
namun apa yang bisa aku lakukan  ????
percayalah dia tidak akan menyintaiku seperti mana yang engkau harapkan...
kerna dia bukan milikku...



Tuesday, October 4, 2011

kau ilhamku


Biodata Faizal Tahir

Nama / Name : Ahmad Faizal Mohd Tahir
Date and Place of birth / Tarikh dan Tempat Lahir : 6 Oct 1978 , Kuala Lumpur
Zodiac / Zodiak: Scorpio
Isteri / Wife : Siti Raihanim Noran
Kids / Anak: Mikaeel Zidane (M) , Siti Raudhah Nur Iman (F) , new born boy (18Feb2009)
Height / Tinggi : 170cm

Father / Ayah: Dr. Mohd Tahir B. Abdul Rahman
Mother / Ibu: Hjh. Muzlipah Aishah Bt. Pa'wan Teh
Siblings / Adik-beradik : 7, he is number 2

Profession: Singer / Penyanyi , Songwriter / Penulis lagu
Education / Pendidikan : Diploma Sebaran Am Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

Hobbies / Hobi : Songwriting , football
Favorite singer : 
Gavin DeGraw, Sting, Steven Tyler, Michael Bolton
Favorite actor: Johnny Depp
Football team : Liverpool

Monday, October 3, 2011

dan bila esok

Dan jika esok.........................
Andai aq menjadi pelangi,
Sudikah engaku menjadi awan?
Agar kita sentiasa bersama........

Jika kau menjadi merpati,
Biarku jadi sang bayu,
Agar kita selalu bersama...........

Andai kau jadi puisi,
Biar aq menjadi melodi,
Agar kita tetap bersama.......

Andai aku menjadi rambulan,
Sudikah engkau menjadi kejora hingga pagi nanti ??????

Dan jika kau menjadi tanah,
Sudikah engkau menjadi bunga....
Yang menghiasi dadaku ???????

Andai rasa itu masih belum ku temui.....
Biarlah engakau yang mengajar aku...
Hingga kau menjadi tanah....
Dan aku akan tetap menjadi bungamu..
Yang  tak akan pernah layu..
Walau tengkujur musim berlalu.....
Akan ku setia menghiasi dadamu
dari sudut penuh sayu aku merenung ke dalam panah matamu,
jujurku kata tiada apa yang bisa aku bantu,
atas segala kelukaan yang kau hadapi,
tiada apa yang bisa aku garitkan untuk mengambalikan senyuman dibibir kau,
jujurku kata dari hati yang tidak punya apa-apa ini aku ingin berkongsi setiap derita yang mencelah kehidupanmu

memang benar aku tak mampu berdiri di atas untuk menjadi sebahagian dari hidupmu,'
memang benar aku tak mampu mengesat air matamu yang telah lama bertakung,
memang benar setiap hembusan tawa yang kau cipta palsu belaka,
aku sanggup buang egoku untuk melihat luka yang kau alami,
aku sanggup buang marahku semata inginkau berkongsi kesedihan dibahuku,

aku ingin menjadi tangan yang menyambut tatkala kau jatuh,
aku ingin menjadi orang yang bertepuk riang atas kebahagian kau,
aku ingin mejadi tisu pada setiap air mata yang kau jatuhkan,
aku ingin menjadi penawar yang bisa menyembuh luka dihatimu,

walau aku tak segah yang pernah menjadi sebahagian dari hidupmu,
walau aku tak secantik yang pernah kau miliki,
walau aku tak sesantun yang pernah kau takluki suatu ketika dahulu,
walau aku tak semerah jambangan bunga yang mekar dikala embunan pagi,
walau aku tak selembut angin yang menyapa diri mu,

tapi tiada yang mustahil bukan jika aku mencuba ???
tapi tiad yang mustahil bukan jika kau beri peluang itu kepada diriku ???
tiada apa yang bisaku janjikan,
hanyalah sebuah kepercayaan.

Thursday, September 15, 2011

semalam kau ketuk pintu hati ku ,
kau kata kau akan kunci hati ku hanya untuk mu ,
semalam kau kata tiada satu molekul pun yang bisa menyakiti ku ,
kau kata akan ku cincang molekul itu menjadi sekecil-kecil zarah ,
semalam kau kata andai bumi ini terbelah dua tanganku tidak akan kau lepas ,
kau kata akan kau ikat daku disisimu agar tidakku terlepas ,

semalam kau ucap sayang , rindu ,dan cinta padaku ,
ku tolak kerna ku takut ia hanyalah sekadar di angin lalu ,
kau kata " sumpah sayang , saya tak bohong "
kau kata lagi "tidak ada satu kata pun yang keluar dari mulut saya dusta "
kau kata akan kau ukir senyuman dibibirku setiap hari ,
kau kata akan kau alun kan gelak tawa ku setiap hari ,
kau kata akan kau bekalkan bintang untuk menjagaku ,
kau kata akan kau hembuskan rindumu diangin lalu ,


indahnya mutiara kata kau ucap untuk ku ,
hebatnya kau bermain metafora kata dengan ku ,
kau kata kau setia ,
kau kata kau cinta ,
tapi...
kau lupa kata ia hanya sementara.....
kau lupa kata ia hanya ucapan yang menyakitkan...

terima kasih atas segala yang telah kau coretkan dalam hidup ku,
tiada air mata yang bisa ku tangiskan,
tiada rasa pilu yang bisa kau garitkan,
tiada rasa sedih yang bisa ku lukiskan,
hanyalah doa yang bisaku hadiahkan atas pemergianmu dalam hidupku....
" semoga kau bahagia dengan segala yang kau capai , tapi ingatlah Allah sentiasa melihat apa yang kita telah coretkan sepanjang perjalanan hidup kita , semoga kau rasa juga apa yang ku rasa kan "

Tuesday, September 13, 2011

sebenarnya saye....urm

Untuk mu
awk...
sye syg sgt2 kat awk...
tapi :(
sye lebih syg sgt2 pade Allah....:)
sye rindu awk..
tapi:(
sye lebih rindu pada Allah...:)
sye cinte awk...
tapi:(
sye 1000 kali lagi cinta Allah....:)
akw mungkin kasih kite akan putus di tengah jalan....:(
tapi kasih sye pada Allah tak akan mungkin putus di tengah jalan....
# sye rase adalah lebih baik saye menyerahkan sepenuh cinta saya kepada Allah....
kerana saye tahu Cinta,Kasih<sayang dan rindu saye kepada Allah kekal abadi sehingga akhir hayat saye.....
awk nak tahu sbnrnye sye takot bile jumpa awk....sbb sye takot Allah akan benci sye sbb sye sye buat  maksiat....
awk jahat kan sye ????
sye rase sye adalah pompuan yg paling kejam dan jahat...
sye rase awk patut cari yang lebih baik dari saye....mungkin dye akan membahagiakan awk..sbb sye tak mahu bahagia dengan awk...
sebab saye mahu kebahagian dari Allah....:):):)

Saturday, September 3, 2011

saya sayang awak :(...tapi awak ?????


"awak kalau boleh saya tak nak tidur atau kelip mata hari ney"
Kenape sayang ????
"kalau saya pejam mata awak mesti tak ada depan saya"
Pejamkan lah matamu sayang saya pasti akan berada disisimu sayang….
"awak boleh janji?"
Apa
"esok kalau saya tutup mata boleh tak awak jadi orang yang pertama yang saya lihat?"
"kalau saya bukak mata awak ada depan saya tak?"
"kalau saya tutup mata awak akan tinggal kan saye tak?"
"kalau saya tutup mata awak ada disisi saya tak?"
"kalau saya tutup mata awak rindu kat saya tak?"
"kalau saya tutup mata awak sayang saya tak?"
"kalau saya tutup mata cinta awak akan berhenti ke??????

"saya tahu semue itu amat mustahil untuk awak jawab apatah lagi jawab.tapi ingatlah bahawa saya akan ingat,mencintai,merindui,dan menyayangi  awak walau mata saya tidak terbuka sekali pun.Saya akan berusaha mencintai awak dengan cebisan hati yang kurang sifatnya ini"
"asalamualaikum cinta"
"selamat malam sayang"..
<3

Saturday, August 13, 2011

my wish


Seandainya...
Aq dapat menghajatkan tiga benda dalam mimpi aq..
Aq akan berhajat.....
Pertama aq nak mati dalam keadaan aq islam...
Kedua,aq nak membahagiakan kedua orang tua aq....
Dan yang ketiga.....
Aq akan berhajat dan aq akan berdoa..
Agar mimpi yang membuatkan debaran jantung aq tak keruan...
Menjadi nyata....
Biarlah hanya allah yang mengetahui segala rahsia yang ada dalam diri aq kerna.........
Hanya allah yang memakbulkan segala permintaan hambanya...
Dan jika mimpi aq menjadi kenyataan aq akan mendendangkan lagu ini untuk nya....
Dikala dia sedang berduka....
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi..
Kekasih cintaku tak kan berbelah bagi..
Keringkan lah air mata di pipi mu sayang...
Kembali senyum......

Hanya untuk kau ciptaan allah yang terindah......
Asalamualaikum cinta....................
Ikhlas.....
Kekasih gelapmu....

Friday, June 10, 2011

one by one..make me crazy

tiadaku duga dugaan sehebat ini menerjahku
satu,dua,tiga bisa ku atasi
namun sudah sebanyak ini harus ku hadapi
terdayakah aku

sudah ku buang satu persatu
namun datang lagi satu persatu
ya allah aku lemah dengan dugaan ini
aku buntu cari jalan penyelesaian

pernah aku terfikir
alangkah baik seandainya aku bisa
pejamkan mata dan lupakan semua
hilang semua mimpi burukku

namun itu hanya mimpi
seandai kau tahu 
apa yang ku mahu
mahu kan dirimu mencintai ku...

Saturday, May 28, 2011

anjung hatiku menatap sedih pemergianmu
benting hati lu mengalir deras rasa rindu
tembok egoku gegar apabila kau tinggalkan ku
akhirnya aku hanyut dalam kepedihan si air mata

bagaimana harusku mengharungi susur jalan ini tanpamu
bagaimana perlu ku redah derita yang bakal aku lalui
bagaimana ku nanti bila kau tak disisi
bagaimana hidupku tanpa mu memimpinku

lemahnya diriku bila kau benar-benar pergi meninggalkanku
kau hadir buatku sekatika cuma
kini kau pergi buatku untuk selamanya
adilkah kau..???mengapa tidak saja kau
abstrak dalm hidupku
kenapa kau sentuh hatiku
kenapa kau baca fikiranku
tidak kah tersiksa jiwaku kau buat semua itu
kerna akhirnya kau pergi meninggalkan ku...???

Friday, May 27, 2011

mengenalimu..

mengenalimu satu kebahagian
membaca fikiranmu satu keceriaan
bersamanu umpama ku temui suatu sinar
namun
memilikimu satu penyiksaan


hari demi hari aku melangkah beriringan denganmu
namun tak lagi tatkala ini
kini kau tiada lagi disisi menemaniku
apakan dayaku menghalangmu pergi dari sisiku
kerna kau bukan milikku

pernah terlintas dalam hatiku
mencuri kau dari pemilik hatimu
namun sejenakku terfikir
kebahagianmu amat bermakna buatku
lantas aku pudarkan rasa itu

imbasan mindaku tentang kenangan itu amat menyakit hati
kau merenung terus ke dalam hatiku
gugur egoku sayang menyambutku
kau bisik terus ke jantungku
pudar dendamku rindu memlukku

ku biarkan kau pergi
tenanglah kau bersamanya
doa ku kirim agar kau bahagia selalu
aku disini masih lagi mencari
masih lagi beriring dendam luka dihati

Sunday, May 8, 2011

ilusi...

mimpiku di siang hari..
agarkau akan sentiasa mengucapkan ayat-ayat cinta ke telingaku...
mimpiku di malam hari..
agarkau yang meniup seruling untuk tidurkanku...

terkadang aku terfikir..
adakah kau akan buat begitu...???
adakah kau akan memikirkanku....?????
setiap guguran bulu mataku...
ku mengharapkan engkau yang selalu merindui diriku...

aku ingin kau selalu hadir dan tamani aku..
disetiap nafas dan nadiku...
jangan biar aku terus bermimpi...
jadikanlah mimpiku sebagai satu kenyataan...

hanyalah dirimu yang aku mahukan...
hentikanlah dosa yang gahib yang telah lama aku lakuakan..
biarkanlah ilusimu menjadi satu kepastian bagiku...
aku cinta padamu....

Monday, March 14, 2011

Berseri indahnya bagai pelangi
Berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
Namun ku tiada juga begini
Hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi

Cintamu sesegar embunan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar, mengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan

Engkau yang aku sayangi
Siakan hidupku ini
Lautan madu ku beri
Engkau racuni

Ku sedari hina diri ini
Kosong tiada bererti
Biarlah diriku pergi
Ku ubati lukaku sendiri

Ku cuba gagahi bahu sendiri
Biarpun sayapku telah tiada lagi
Namun ku tak berdaya menghadapi
Di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi

Oh Tuhan kau teguhkanlah keimanan
Untukku tempuhi suratan kehidupan
Walaupun di hati rasa terkilan
Tapi apakan daya semua takdir Tuhan...

lagu untuk aku bila aku...
sudah jatuh cinta...
bile...
itu semua rahsia Allah....
doakan aku bertemu...
syurga cintaku..

hanyalah lagu semata-mata...

saat kau tersenyum.....
saat itu ku rasa bahagia..
saat kau tiada.....
saat itu ku rasa derita...

aku hanya ingin kau tahu...
apa  yang ku mahu..
mahukan dirimu..
mencintaiku...

pergilah sayangku....
hilangkan dirimu...
tak sanggupku menanggung..
derita dikalbu.....

it just song...

Sunday, March 13, 2011

kasih hilang tiada bicara.....
gagal sembunyi sedih.....

kasihmu hadir tanpa salam...
kasihmu pergi tanpa bicara....
kasihmu hilang aku lah keruan...
kasihmu siang ku nanti malam.......

riak air kutenung dalam...
wajahmu yang tebayang...
hendak ku capai...
tapi tak sampai....

gemersik alunan  burung...
sekilas angin melandai pipiku..
ku fikir engkau hadir dalam mimpiku.....
alis mata ku buka....
hanya kenangan yang tersenyum....

tabahkah hatiku merentasi dugaan ini..???
adakah aku akan kecundang ditengah pelayaranku..???
mungkinkah sejarah akan mencipta perpisahan kita...???
atau.....
patutkah aku bertanya.....
sudikah engkau karam bersamaku.....?????

Tuesday, March 8, 2011

permata yang hilang........

segaris nada rindu ku menatap sedih.......
sayup-sayup angin rindu megayunkan bayunya....
buat aku terasa peritnya derita merinduimu....
tatkala kekecewaanku menyelubungi diri engkau tiada disisi...

namun ...
kini tak lagi aku merasakan bisa merinduimu...
kini aku tak lagi menikmati kasih sayangmu di angin lalu....
kini aku bisa merasakan semula hadirnya semangatku....
kini aku bisa bilang aku punya rasa rindu.....

syukur ya allah..
engkau telah kembalikan dia kepangkuan kami.....
sukar untuk aku mentafsirkan kegembiranku tatkala ini.....
hanyalah tuhan saja yang mengerti.....
kini ku bisa mengukir seraut senyuman.....
kini ku bisa mencalit jenaka dihatiku...
namun...
aku tak bisa menoreh kembali hati aku terhadap lelaki....

suatu masa dulu dia mencipta benci dalam hatiku..
suatu masa dulu dia mencipta ego dalam benak hatiku...
suatu masa dulu dia menghakis sayang,cinta,dan rindu ku untuk manusia yang bernama lelaki....
tapi segalanyaku terima.....
jika tiada dia dalam kamus hidupku...
aku tak mungkin bisa memecah gelap kekompong hidupku....
kini aku bisa menyatakan........
aku punya kamu......

insan yang suatu masa dahulu ada disisiku..
namun hilang bila gelapnya dunianya....
kini dia telahku terangi semula..
dengan hanya berbekalakan....
kekerapan doa dalam sujutku......

ya allah....
jangan kau ambil dia sebelum masanya...
izinkanlah aku merasai kasih sayangnya walau hanya sekilas angin lalu.....
rinduku padanya buat sekian kali.....
terpadam jua......
dia lah insan yang sangat aku sayangi.....

muhamad haikal bin apendi.....

senada ku berpesan padamu..
jangan kau goreskan sekali lagi....
parut luka di hati...........

Sunday, March 6, 2011

kebahagianku sementara...

mengapa disaat ini aku merasa sangat gembira.......
sangat-sangat gembira.........
namun aku tak pernah terfikir akan kekecewaan orang lain.....
subahanallah......
berdosakah aku bersituasi sebegitu.......????????

tapi ini baru kali pertama aku merasa sangat-sangat bahagia.......
adakah aku patut mengundurkan diri......??????
mengundurkan diri daripada kebahagian yang baru aku kecapi....?????
perlukah aku berkorban....?????
berkorban untuk manusia yang aku sayang.....????????

sangat pahit untuk ku telan keadaan i ni....
terasa berpasir memecah lelangit kebahagianku......
namun seandai itu yang telah ditakdirkan.......
aku redha........

andai itu takdirnya.......

Monday, February 28, 2011

batukah aku.....?????

meraba aq mencari sinar kebahagian.....
aku terlalu mengharapkan kau yang akan menyuluh sinarannya.....
mugkinkah memang aku tak layak untuk merasainya?????
mengapa?????
adakah kerna aku berhati batu...???
adakah kerna aku hide kan perasaan aku...????
seandainya memang tiada ruang untukku merasainya....
hilngkanlah makhluk itu dari ruang hidupku......

aku dah penat....
sanagat penat menanti cahaya itu.....
aku takut.........
aku tiada sempat untuk merasai segenap cahaya yang
akan kau suluh.....

ya allah..
bantulah aku untuk merasai walau sekelip kebahagian diduniamu.......

Friday, February 25, 2011

seribu kali cinta...

puisi yangku gubah menjadi lagu,
ku satukan melodi dan irama,
ku alunkan melodi yang lemah gemalai,
ku gemersikkan bait- bait kata ke cuping telingamu....

rinduku terpanggil untuk menatap matamu...
resah hatiku bila kau gahib dari segenap penglihatanku....
mengapa harusku tanggung erti merindu ini??????
sedangkan engkau tiak sedikitpun menjamah ingatanku terhadapku!!!!!!!!!!!!

salahkah aku mencintaimu....????
salahkah aku merinuimu...?????
seribu satu harapanku sandarkan....
khas untuku menunggumu.....
seribu satu cinta ku dambarkan cintamu....
seribu kali cintaku persembahakan padamu....

walaupun tiada indah puisi yang ku cipta...
hanya yang kau harus tahu..
dan harus kau ingat...
hati ini hanya untukmu.....

yang bernama kekasih (suami).......

Tuesday, February 8, 2011

hilangnya dirimu......

hadirnya dirimu sementara cuma...
saat aq baru ingin menjamah kehadiranmu...
saat aq baru mencipta mimpi denganmu...
saat aq baru ingin mula langkah hidup realiti aku....
saat aku benar-benar memerlukanmu....
engkau pergi dari hidupku.....

hadirnya dirimu..
tiadaku pinta....
hilangnya dirimu..
tiadaku duga....
kini hilang segala impian yang pernah kucipta...
kini hilang segala harapan yang aku bina....
kini hilang sudah hati yang baruku milik.......

namun..
Andai itu takdirnya......
ku selalu doakan kebahagian dirimu....
Andainya itu yang bisa membuat kau bahagia......
Andai itu takdirnya,..............

Sunday, February 6, 2011

Aku Tanpa Cintamu

kenapa engkau yang aku sayang....
kenapa engkau yang aku rindu.....
sedangkan ku tahu engkau bukan milikku..
sedangkan aku tahu engkau tak akan jadi milikku.....

engkau yang sering menganggu kecelaruan mindaku...
engkau selaluku terbayang dikala
mataku menjamah sinaran matahari....
engkau selaluku teringat bila
angin bayu meniup alis mataku......

kenapa engkau???
kenapa engkau???
apa yang mahu dibuktikan
pada diriku.....
engkau bukan milikku
pergilah engkau....
kerna aku tidak punya lagi organ bernama H.A.T.I

Asalamualaikum cinta.......

Asalamualaikum cinta.......
Hati aq selalu bertanya...............
Mamapukah aq bertahan untuk menanti keajaiban berlaku???????
Keajiban.......di mana aku akan bertemu dengan surga cinta aq....
Walau sekejap Cuma.......
Untuk aq akan menatap matanya...............
Sujut syukur...ku
Adakah aq memang tak layak untuk bertemu dengan surga cintaku???????????
kerna dosa lampauku..............
Ya allah aq tak berniat untuk menyalahkan takdirmu.....
Ampunkan aq ya allah...........
Akan adakah seorang lelaki yang boleh membuat ego dan dendam aq terhapus?????
Tapi................
Seadainya...............
Andai itu takdirnya.......................
Engkau tiada mengizinkan aq untuk merasai rasa untuk bercinta............
Izinkanlah aq merasainya ketika ku sedang sujut  kepada engkau........
iaitu........
Izinkanlah aq tetap mencintaimu...................
Aq redha dengan ketentuanmu...................
Benarlah aq memang tersasar kerna aq ingin mencintai hambamu....
Sedangkan aq belum cukup mencintaimu ya allah....................
Ampunkanlah aq......................
Ya Allah.....