Thursday, November 24, 2011

selamanya

terasa berat hendak melepaskan kau pergi,
disaat pertemuaan itu namun akhirnya senyuman mengiringimu,

awak,
saya harap saya akan jadi cantik biar awak akan tertawan dekat saya sorang,
saya harap saya akan jadi paling cantik biar awak tidak akan pernah tinggalkan saya,
saya harap saya akan jadi sangat cantik biar awak rindu saya sorang,
saya harap saya boleh hapuskan segala duka lara yang mengalir dalam diri awak,
biar awak bahagia,
saya harap besok saya boleh menatap sayu wajah awak lama-lama,
em sebab......
SAYA RINDU DEKAT AWAK SANGAT-SANGAT (malunya),
tapi saya tahu awak tak pernah endahkan,
saya tahu awak sibuk saya faham,
saya tahu awak ada banyak benda lebih penting saya faham,
saya tahu awak tak ada masa nak fikirkan saya saya faham,


awak...
nak tahu sya pandai kira bintang,
tapi saya masih belum tahu berapa banyak bintang yang ada,
setiap hari saya selalu kira bintang-bintang tu,
tapi tak pernah sekali pun cukup satu,
sepatutnya bintang tu ada seratus tau,
tapi tinggal 99 jek,
setiap hari saya sedih memikirkannya,
tapi saya tak putus asa,
saya cari dalam buku geogerafi,
saya tanya dekat semua orang,
sampai dia orang cakap saya sakit,
last2 saya tanya kat pengkaji bintang...

nak tahu dia cakap apa ???
" sebenarnya bintang tu tak hilang pun,dia ada...ada dalam hati awak "
lama saya fikir benda tu,
oh rupa-rupanya awak lah bintang saya,
awak tak pernah hilang walau sesaat,
awak tahu saya seronok sangat masa tu,

tapi saya tak tahu bila boleh saya kira bintang tu lagi sampai cukup,
sebab bintang tu ada tapi saya tak boleh capai,
jauh...jauh sangat
macam awaklah.....
awak jauh sangat,
tapi awak dekat sangat dekat hati saya,
awak tahu saya berazam jadi cantik biar awak tak malu kawan dengan saya,
tapi saya tahu saya tak mungkin jadi cantik,
awak terima kasih sebab jadikan saya kawan awak,
awak tolonglah..
tolonglah doakan saya supaya lupakan awak,
saya tak mahu sedih bila jumpa awak,

" mungkin kita bersama nanti di atas sana,
       biarku setia menjaga cintamu,
                     selamanya "

aku inginkan nya

"Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?"

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang
memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada
dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.

Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan
tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak
hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah
tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan!!" jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN
ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU!

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRIMU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG
PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG
DICINTAINYA, KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA!

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN, SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN
LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU!

BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN!!!
# hampir membuat kolam air mata aku melimpah

Wednesday, November 23, 2011

yang sebenarnya

sekali lagi apa yang aku harapkan mengoncang kekecewaan,
aku masih lagi bisa tersenyum kerna aku tahu,
Allah telah menentukan yang terbaik untuk aku,
segalanya aku terima qada dan qadar dengan penuh redha,

aku letih sangat sanagt sangat,
penat mencari kesempurnan yang tak pernah hadir,
aku tak tahu bagaimana harus aku jadi cantik lagi,
andai itu bisa melumpuhkan kau dari pergi dariku,
aku tak tahu bagaimana harus aku lembut lagi,
andai itu bisa mencairkan rasa sayangmu hanya untukku,
aku tak tahu bagaimana lagi manis senyuman hendak aku ukirkan,
andai itu bisa mengenggam kepercayaanmu,
seandainya kau tahu dikala ini apa yang aku pahatkan,
sedihnya Ya Allah,

sumpah dikala ini rasa ini yidak dapat dibendung,
empangan air dimata aku seakan terkeluar,
aku sangat mengharapkan ia keluar,
aku ingin merasakan sedikit kelegaan dalam kekecewaan ini,
hina sangatkah aku ini sehingga tiada ruang untuk aku berdiri,
aku faham apa ertinya ini,
ya aku akui aku sayangkan kau,
mungkin aku harus melepaskan kau untuk kau bahagia disana,
walau hati ini berat melepaskan,
kerana aku sayangkan kau pergilah,
pergilah sayang,pergilah aku tak akan pernah menghalang kebahagian kau,
walau dihati ini hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa perit yang ku rasa,
untuk kau segalanya akan ku lakukan...
mungkin di saat itu air mata ini menjadi yang terakhir kali ia berlinang,

mungkin telah ditakdirkan tuhan,
antara kita tidak tertulis untuk bersama,
terima kasih aku ucapkan kerna hadir dalam hati aku,
tolong,tolong doakan agar aku berhenti mencintaimu,
kerna kau memang yang terindah yang singgah dalam kecil hati aku,
alasan yang bodoh,sesuatu yang tak palsu,tiada penjelasan didengari,
suatau hari nanti kau akan tahu,
yang sebenarnya aku telah jatuh cinta padamu :)